Image from glowtxt.com text generator

RAMADAN TIBA LAGI

Pejam celik sudah setahun berlalu dan kini Ramadan tiba lagi..  Bulan yang penuh berkat ini disambut riang oleh Umat Islam.  BUlan Ramadan adalah BUlan yang paling mulia bagi kita sebagai umat Islam.  Tibalah masanya untuk berpesta ibadat.  Tibalah masanya untuk top-up pahala ke Akhirat.  Tibalah masanya untuk bersedekah kepada fakir miskin.  Tibalah masanya untuk menjengah Masjid dan bertarawikh bagi yang jarang ke Masjid (aku la tue hehe).
Dan tibalah masanya untuk...... makan-makan....  Makan-makan?
Bab makan-makan nie rasanya bukan Umat Islam sahaja yang merasa kehangatannya, golongan lain turut merasa impak BUlan Ramadan apabila munculnya pakej-pakej berbuka di hotel-hotel dan restaurant serta Bazar-bazar Ramadan yang menjual pelbagai jenis juadah.
Juadah yang secukup rasa, yang tak cukup rasa malah ada juga perasa tambahan (apa itu?)
BERBUKA DI NAILI'S AMPANG.  NICE MEAL.
Bercerita pasal perasa tambahan ni, sekitar minggu lepas, aku ke bazar Ramadan seperti biasa usha makanan dan membeli ikut nafsu (tidak berlebihan ye, hehe).  Sedang ralit dok usha tue, aku terpandang 1 gerai yang menjual lauk-pauk.  Penjualnya 2 orang pemuda yang ketampanannya suam-suam kuku sahaja tapi.....  Controlnya, mengalahkan Aaron Aziz.. Hehee... Ok, BUlan Puasa, tak boleh usha Jejans lebih-lebih kan? Tau bab tu, tapi yang menarik perhatian bukanlah mereka berdua tetapi Lauk yang di-niagakan oleh beliau-beliau itu terdapat perasa tambahan iaitu TELUR LALAT!  Eeeeee..... Ampun, tak beli lah lauk kat situ.  Dihari lain, aku ke pasar Ramadan lagi dan melalui gerai yang sama, kali ini tiada perisa tambahan tetapi hati telah tawar untuk membelinya.
Moral of the story, jikalau anda seorang peniaga, controllah Quality jualan anda sebelum Control Kehenseman diri anda.
Sekian..