Image from glowtxt.com text generator
Showing posts with label melakar pelangi. Show all posts
Showing posts with label melakar pelangi. Show all posts

HERVIVOR

Beberapa hari sudah berlalu.  Lemang, ketupat, rendang dan pelbagai juadah sudah tidak kelihatan, sekiranya ada pun sisa-sisa di toilet.  Hhahhaaa...  Biskut Raya ajelah yang menghiasi meja makan.  Ada rumah sesiapa lagi yang berendang, berlemang dan berketupat?  Boleh juga terjah, tapi...  Rasanya dah mual dan muak tekak nie. Nak makan pun dah tak lalu.  Tengok ayam, daging, udang, sotong semuanya memualkan.  Apa yang aku nak makan nie? Dah nak senja, makan tengahari pun belum lagi. Tapi lapr.  Perut dah berkeroncong, berdangdut.  Tengok rumput-rumput disekeliling rumah terasa bahagia pulak.  Eh,aku nie nak transform jadi Hervivor ke?  Nak meragut rumput pulak.  Ataupun nak jadi Vegetarian?
Aduyai..  mewah betul Rakyat di Bumi Malaysia nie.  Jauh sekali dari Rakyat di Somalia sana.  Sepatutnya aku bersyukur dengan apa yang ada bukan mengeluh dengan kesenangan yang dimiliki.

Pelangi emas dinegeri orang, pelangi ungu dinegeri sendiri.  Tak perlulah sakit kepala memilih pelangi yang mana, kerana hadirnya cuma seketika.

RAYAKU TANPA PHOTO

Apakah definasi RAYA bagi aku?  Cuti Panjang?  Ketupat?  Lemang?  Atau bermaafan di pagi Raya?  Entahlah aku pun tak tahu.... Makin tua makin hilang kemeriahan Hari Raya..  Hambar..
Kawan-kawan?  Yang ada, balik Kampung masing-masing.  Yang tiada..  Tiadalah mereka...  Best Friend?  Nun semuanya di KL... Rindukan Ampang.. Tempatku membesar, tempatku melepak, tempatku belajar, tempatku mencari rezeki dan tempatku mengenal erti kehidupan yang menyeronokkan dan kini semuanya hanya tinggal kenangan.
RENDANG AYAM & KETUPAT NASI MENU DI PAGI RAYAKU
Di sini?  Ya.. masih lagi Happy, gembira... dan, biasalah pahit manis.  Itulah resepi kehidupan.
Dan tahun ini Raya Pertamaku tanpa photo Raya... kedua.. ketiga.. keempat..  Apa yang aku buat semasa kawan dan saudara mara datang menziarah?
Borak-borak.. menghidang, join makan dan... Kemana Cameraku???
Argh... Rayaku tanpa Photo...



Termangu dan Tertanya, kemanakah pelangiku menghilang di Pagi Raya ini....

SELOKA PAK KADUK



Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Ada isteri di bunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Rumah runtuh awak menumpang.

Tersenyum seketika menghayati seloka Pak Kaduk.  Sastera Rakyat Melayu yang seangkatan dengan Pak Pandir. Kisah yang 'evergreen' melangkaui zaman. 
Pak Kaduk si bendul, Dungu atau Bodoh?  Bolehkah diklasifikasikan sebagai bodoh sombong? 
Lucunya Pak Kaduk sering dijadikan perumpamaan dan tauladan.  Masih adakah Pak Kaduk di zaman ini?  Masih adakah Pak Kaduk dizaman serba moden dan celik IT ini?  Secara zahirnya kita dapat melihat orang2 sebegini didalam masyarakat kita.  Selalunya orang yang 3suku dan tak berapa nak cente.  Namun jika diperhalusi, sikap ini sangat sinonim dengan masyarakat kita.  
'Aduhai malang Pak Kaduk, Ayamnya Menang kampung tergadai.  Sedih.. sungguh sedih.. Dungunya Pak Kaduk.. memang dungu.  Kerana kebodohan dan PERCAYAKAN anasir luar, kesilapannya tidak akan dapat diundur walau menangis air mata darah sekalipun.  Apa gunanya kemenangan sekiranya tanah dipijak milik orang?  Apa yang dicari dari kemenangan?  
  
Ada nasi dicurahkan, awak pulang kebuluran.  Teringat pula pada pepatah Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran.  Sikap apakah ini?  Sikap yang tidak menghargai apa yang ada?  Tidak tahu bersyukur? Mengharapkan bulan jatuh keriba?  Mungkin ada yang beranggapan mencuba sesuatu yang baru lebih baik dari berada ditakuk lama yang kurang menguntungkan.  Kurang menguntungkan sangat negatif dibandingkan dengan perkara yang sangat menguntungkan namun jangan tersilap, perkara yang kurang menguntungkan itu lebih baik dari perkara yang merugikan.  Setiap tindakan perlu dikaji, diimbangi dan dinilai supaya untung dan rugi dapat dikenalpasti.
 Untungkah kita sekiranya tangga-tangga kemenangan dibina dari jenazah saudara sendiri?  Jangan bersikap melayu mudah lupa.  Lupa pada pengorbanan datuk nenek pemimpin yang bertungkus lumus memerdekakan negara kita.  Terlupa asal usul bangsa kita.  Terlupa darah daging yang serupa dengan kita.  Dan jangan terlupa pada kisah Pak Kaduk yang melucukan kita.  Mahukah bangsa lain melucukan kita pula?
Berwaspadalah dengan orang yang menghulurkan manisan, kerana ianya mungkin memudaratkan .  Bersyukurlah pada yang memberi kepahitan kerana pahit itulah yang menjadi ubatan.  


Satu warna sudah memadai dari mati dikaki langit tatkala mengejar 7 lapisan pelangi.

LAUHUL MAHFUZ


Sedikit Coretan Ketika Jiwa Mengundang Kacau...


Firman Allah SWT:
Ertinya:
Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula)pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kami jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.
(Al-Hadid:22-23)

Benarlah musibah dan ujian ini ketentuan Ilahi... Besar atau kecil ujian itu dirasakan apabila dibuat perbandingan.
Mengeluh disaat melihat orang lain berada diatas, senang dan mudah memperolehi setiap apa yang diimpikan.
Bersyukur tatkala melihat kesusahan dan bencana yang menimpa orang lain sedangkan ujian yang dilalui sendiri sebesar zarah.
Bangkitlah mengejar impian hidup.. Merangkak, berjalan mahupun berlari.  Carilah keredhaan-Nya agak kehidupan ini kekal bahagia sehingga ke sana....  
Berhentilah membetulkan orang lain jika diri sendiri tidak sesempurna mana dan betulkan lah diri sendiri supaya tidak perlu menyusahkan orang lain untuk membetulkan kita.

Berusahalah dan jangan berputus asa, Muhasabahlah dengan apa yang menimpa, percayalah qadha dan qadar kerana kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya...  Ternyata yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu dari kita sendiri.

Semoga hidup kita tidak tersasar dilandasan yang roboh...  Agar jiwa kita tidak hilang punca..

HANYA SEKADAR CORETAN TAK BERNILAI KERANA AKU BUKAN SIAPA-SIAPA.  AKU SEKADAR MELAKAR PELANGI DARI SATU WARNA.

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER..  Quote klise yang selalu di dengar dimana-mana..  Berzaman tetapi tak lekang dipanas tak luput dek hujan.  Kenapa? Kerana attitude kita yang sering menilai orang lain dari luaran.. 5 hari.. 5 jam.. 5 minit, bahkan dalam masa 5 saat sahaja kita mampu untuk menilai seseorang.  Lebih-lebih lagi yang berunsur negatif.
Kadangkala aku juga tersilap menilai seseorang, secara selfish aku akan menegakkan benang yang basah dengan mengatakan orang itu yang bersikap sedemikian mengaburi kita untuk menilaikan dirinya.  Ibarat bio aura didalam bekas yang berdebu.  Sanggupkah kita meminum air tersebut sedangkan kebersihan dan khasiatnya tidak dapat kita nilai dengan mata kasar.  Perlukah kita mencari teleskop untuk mengintai bakteria-bakteria didalamnya? Perlukah kita memanggil pihak kesihatan membuat ujian keselamatan kandungannya?  Tidak perlu, kita hanya perlu mengambil air lain dan minum..  Simple kan?  Air itu?  Ianya hanyalah segelas air.  Tidak lebih dari itu.  Kerugian untuk membuangnya tidak akan menjejaskan kita.
Samalah anggapan kita pada seseorang, sekiranya seseorang yang kita kenali, bekerjasama atau yang berada dalam masyarakat kita berkelakuan aneh, uniq dan tidak munasabah, kita cepat melabelkan, mengecop atau men-tatoo tanpa mengenal dengan lebih dalam.. Kenapa?  Kerana kita banyak pilihan, lebih ramai orang disekeliling kita yang bersikap positif dan sempurna, tapi hakikatnya?  Adakah kandungan air yang dipaten serta dilabel indah itu baik untuk kita?  Enak, menarik dan menghilangkan dahaga tetapi dalam jangkamasa panjang mungkin akan memudaratkan kita.

Aku juga sering melatah, suka mengutuk dan melabel orang lain.  'Eh, lucunya pompuan tu , pakai tudung Hana Tajima tak agak-agak..' 'Eh tengok orang tu, pakai legging nipis dengan tudung, tak semenggah' 'tengok mamat tue, bajet macho, muke hancor.. cakap kuat2 poyo..' Itu diantara andaian dan tohmahan kepada orang yang dikenali selama 5 saat. Tak tahu nama, tempat tinggal lagikan no telefon.  Biasalah tu, orang lain pun pakat kutuk jugak, kalau taknak kutuk janganlah buat perangai pelik2.  Tapi dalam istilah yang berbeza, setiap orang ada naluri, kehendak dan pilihan sendiri dan siapa kita untuk memaksa mereka berjalan dilandasan yang sama dengan kita?
Seorang yang tidak munasabah dan tidak sesuai berada didalam komuniti kita, sering diabaikan. Kenapa kita perlu berkawan dengannya?  Bergaullah dengan yang lain biarkannya terus menjadi negatif.  Itulah teoriku setiap kali berhadapan dengan orang-orang yang tidak munasabah.  Teori yang ternyata berjaya mengelakkan aku dari sakit kepala. Namun, perlukah aku, kamu dan mereka menilai dan menghukum dan melabel seseorang sedangkan mungkin diketika ini dia memerlukan benteng-benteng kukuh untuknya berpaut, merangkak dan berjalan menuju kebahagiaan dilandasan yang benar.  Mungkin dia lebih sempurna dari aku, kamu dan mereka kerana dalam dirinya hanya sibuk membetulkan dirinya sedangkan kita pula sedang sibuk membetulkan orang lain.  Adakah cara dan sikap kita sendiri benar-benar betul?


Layakkah aku menilai tujuh lapisan pelangi sedangkan aku cuma mampu menghasilkan satu lapisan pelangi.