Image from glowtxt.com text generator

LAUHUL MAHFUZ


Sedikit Coretan Ketika Jiwa Mengundang Kacau...


Firman Allah SWT:
Ertinya:
Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula)pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kami jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.
(Al-Hadid:22-23)

Benarlah musibah dan ujian ini ketentuan Ilahi... Besar atau kecil ujian itu dirasakan apabila dibuat perbandingan.
Mengeluh disaat melihat orang lain berada diatas, senang dan mudah memperolehi setiap apa yang diimpikan.
Bersyukur tatkala melihat kesusahan dan bencana yang menimpa orang lain sedangkan ujian yang dilalui sendiri sebesar zarah.
Bangkitlah mengejar impian hidup.. Merangkak, berjalan mahupun berlari.  Carilah keredhaan-Nya agak kehidupan ini kekal bahagia sehingga ke sana....  
Berhentilah membetulkan orang lain jika diri sendiri tidak sesempurna mana dan betulkan lah diri sendiri supaya tidak perlu menyusahkan orang lain untuk membetulkan kita.

Berusahalah dan jangan berputus asa, Muhasabahlah dengan apa yang menimpa, percayalah qadha dan qadar kerana kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya...  Ternyata yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu dari kita sendiri.

Semoga hidup kita tidak tersasar dilandasan yang roboh...  Agar jiwa kita tidak hilang punca..

HANYA SEKADAR CORETAN TAK BERNILAI KERANA AKU BUKAN SIAPA-SIAPA.  AKU SEKADAR MELAKAR PELANGI DARI SATU WARNA.

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER..  Quote klise yang selalu di dengar dimana-mana..  Berzaman tetapi tak lekang dipanas tak luput dek hujan.  Kenapa? Kerana attitude kita yang sering menilai orang lain dari luaran.. 5 hari.. 5 jam.. 5 minit, bahkan dalam masa 5 saat sahaja kita mampu untuk menilai seseorang.  Lebih-lebih lagi yang berunsur negatif.
Kadangkala aku juga tersilap menilai seseorang, secara selfish aku akan menegakkan benang yang basah dengan mengatakan orang itu yang bersikap sedemikian mengaburi kita untuk menilaikan dirinya.  Ibarat bio aura didalam bekas yang berdebu.  Sanggupkah kita meminum air tersebut sedangkan kebersihan dan khasiatnya tidak dapat kita nilai dengan mata kasar.  Perlukah kita mencari teleskop untuk mengintai bakteria-bakteria didalamnya? Perlukah kita memanggil pihak kesihatan membuat ujian keselamatan kandungannya?  Tidak perlu, kita hanya perlu mengambil air lain dan minum..  Simple kan?  Air itu?  Ianya hanyalah segelas air.  Tidak lebih dari itu.  Kerugian untuk membuangnya tidak akan menjejaskan kita.
Samalah anggapan kita pada seseorang, sekiranya seseorang yang kita kenali, bekerjasama atau yang berada dalam masyarakat kita berkelakuan aneh, uniq dan tidak munasabah, kita cepat melabelkan, mengecop atau men-tatoo tanpa mengenal dengan lebih dalam.. Kenapa?  Kerana kita banyak pilihan, lebih ramai orang disekeliling kita yang bersikap positif dan sempurna, tapi hakikatnya?  Adakah kandungan air yang dipaten serta dilabel indah itu baik untuk kita?  Enak, menarik dan menghilangkan dahaga tetapi dalam jangkamasa panjang mungkin akan memudaratkan kita.

Aku juga sering melatah, suka mengutuk dan melabel orang lain.  'Eh, lucunya pompuan tu , pakai tudung Hana Tajima tak agak-agak..' 'Eh tengok orang tu, pakai legging nipis dengan tudung, tak semenggah' 'tengok mamat tue, bajet macho, muke hancor.. cakap kuat2 poyo..' Itu diantara andaian dan tohmahan kepada orang yang dikenali selama 5 saat. Tak tahu nama, tempat tinggal lagikan no telefon.  Biasalah tu, orang lain pun pakat kutuk jugak, kalau taknak kutuk janganlah buat perangai pelik2.  Tapi dalam istilah yang berbeza, setiap orang ada naluri, kehendak dan pilihan sendiri dan siapa kita untuk memaksa mereka berjalan dilandasan yang sama dengan kita?
Seorang yang tidak munasabah dan tidak sesuai berada didalam komuniti kita, sering diabaikan. Kenapa kita perlu berkawan dengannya?  Bergaullah dengan yang lain biarkannya terus menjadi negatif.  Itulah teoriku setiap kali berhadapan dengan orang-orang yang tidak munasabah.  Teori yang ternyata berjaya mengelakkan aku dari sakit kepala. Namun, perlukah aku, kamu dan mereka menilai dan menghukum dan melabel seseorang sedangkan mungkin diketika ini dia memerlukan benteng-benteng kukuh untuknya berpaut, merangkak dan berjalan menuju kebahagiaan dilandasan yang benar.  Mungkin dia lebih sempurna dari aku, kamu dan mereka kerana dalam dirinya hanya sibuk membetulkan dirinya sedangkan kita pula sedang sibuk membetulkan orang lain.  Adakah cara dan sikap kita sendiri benar-benar betul?


Layakkah aku menilai tujuh lapisan pelangi sedangkan aku cuma mampu menghasilkan satu lapisan pelangi.


THE NEW MYVI

THE NEW MYVI / MYVI BAHARU. 
Kenapa baru sekarang dilancarkan? BUkan tahun lepas? Duh~ Kecik sungguh hati aku ngan Perodua nie, aku nie dah la obses warna purple. Tup-tup dia kuar lak Mystical Purple tahun nie.  Nape la mase kuar LE tahun lepas takde color nie? Hah!!!!! 
What to do, takkan la aku nak tukar lak Myvi putih aku tue kan... Sedey.. Sedey... 
Ape-ape pun, jom Layan ~


Yang paling cun inilah MYstical Purple, disamping itu ada color Medallion Grey, Glittering Silver, Ebony Black, Pearl White & Ivory White.  Kepada yang nak beli kete baru tue bolehla usha-usha, pilih-pilih la mane yang berkenan..  Harga pun berpatutan. 
View Price here : click to view price
View Specs : Click to view specs

Whatever pun, aku tetap cayunk Myvi Solid Ivory White aku yang telah banyak share a good time with me... Lipis - Cameron Highland - Colmar Tropicale - Kuantan & KL sepanjang hampir setahun nie.... Luv u Forever ^^

POTONG HABIS

Hari nie kebetulan outing.. Hehhee.. cam student lak...
Actualy ke hospital teman student sakit pewut..  Macam kritikal bebenor ajer..  Teman la, boleh mintak masuk ikut emergency, kesian sampai termuntah2 beliau.
Settle semua hal dah dekat kul 5, dah la cuaca panas.. Rimas.... Pas lepak kat Kedai Aji pekena cendol terus ke kedai gunting. Hehheee.. Ape lagi, "Amoi, potong habis..."
"Layer pendek ho? Bawah telinga ho?" Tanya amoi tu pelat2 kelat.
"Takde... potong habis.. pendekkkk betul2 pendek".
" "Atas telinga ho?"
"Iye..potong habis.. i panaslah panjang2 pakai tudung" Confident geler aku.
"Yalor..Sekarang panas ho... Lagi pakai tudung, lagi panas ho..."
"i hari-hari syampoo tau. Orang kata, kalau hari2 syampoo nanti cepat uban."
"Mana ale.. Hali2 syampoo talek uban.. Hali2 syampoo nanti rambut cepat panjang ho.."
OOoooOo betul ke petua amoi nie... Layan aje lar...
Ngweng..ngeweng.. settle.. Rm14.00.
Sedeh la aku tengok... Dah macam muka pengkid pun ada.... Ish.... Padan muka aku.. Nak tengok cermin pun tak selera... What to do.. Potong habis la sangat.....

Ada apa dengan NORA ELENA

Lama sudey tak layan drama bersiri melayu.  Bukan tak suka, tapi pepaham ajelah kalau namanya drama bersiri tue, kene set time bebetul..  Kalau miss 1 episod nanti Jiwa Kacau pulak.. Hahhaaa..
Tapi, Slot Akasia TV3 Nora Elena nie sangat mengujakan aku untuk menontonnya sebab ianya diadaptasi dari sebuah novel feymes (Sangat feymes, u) KASIH YANG SUCI - Meen Zulaikha. Hurm.. Feymes2 pun, aku idoknyer bace.. Huhuuu... Malas.. Tapi aku tau la kisah nie coz after my sis katam novel tu dia dah update kat aku.. Ala-ala bed time story =.="
At First, aku was-was gak ngan drama nie.. Iyelar, kite shiok-shiok imagine muke heroin ngan hero ikut taste kite, alih-alih pelakon dia se'adonyer' aje.. Choi~ TAPI.... Aaron Aziz (Seth Tan) & Siti Saleha (Nora Elena) sangat tidak mengecewakan.. Aaron Aziz......... @.@

Jap-jap.. Aku cuba banyangkan kalau hero tu Mamat Khalid, Abang..abang.. heheee.... camne ye dia nak kuarkan aura romantiknyer... Huhuu.. Abang Mamat jangan marah, nanti antoo kak Limah kejar i ~

Dan Bila Esok Nyanyian Sofazr tiba-tiba feymes semula, feat pulak dengan Isma AF.  Fuh... Syahdu~ My sis punya over siap wat caller ringtones.. Hahhaaa.... Whatever ~ Jom Layan - Click To Download




NORA ELENA, Setiap Hari Isnin - Khamis Jam 7.oo - 8.00 pm.