Image from glowtxt.com text generator

ICON SUAMI PILIHAN

Ustazah pilihan, Imam muda dan icon2 artis..  Herm ramai betul icon2 yang diangkat menerusi rancangan tv dan tak kurang juga yang diangkat menjadi icon on9.  Siapa tak kenal dengan Ustaz Azhar Idruz? Glamer sungguh di FB.  Icon tudung? Yuna? Dian Pelangi? Hana Tajima? dan siapa lagi.. ramai.....
Macamana pula dengan icon Pasangan?  Ada? Baru-baru ini saya terbaca satu link di wall FB berkenaan seorang suami tabah yang sanggup berhenti kerja demi menjaga isteri yang dinikahinya pada tahun 2009 kerana mengalami kerosakan saraf otak pada Jun 2011.  Berhenti kerja kerana menjaga isteri sakit?  Nampak simple jer tapi tak ramai LELAKI-LELAKI di luar sana yang mampu jadi seperti Abg Abil.  Ikutilah kisahnya di FB  DANA SINAR FAUZIAH atau di blog Abg Abil ABIL4 FAUZIAH yang sangat menyayat hati meruntum jiwa dan raga. 
Aku rase, Abg Abil layak diangkat sebagai suami mithali di kala kita sering dihidangkan dengan berita-berita suami curang, suami pendera dan berbagai kisah penceraian.  Dimana hilangnya kesetiaan, kasih sayang dan cinta maut sebelum itu?  
Aku sendiri pun belum berkahwin dan ada aku kesah ke hidup membujang kalau bersuami tetapi menyakitkan hati.  Ada lagi ke lelaki2 di dunia ini yang bertanggungjawab dan sejati? Ada... satu dalam seribu kots.  Begitu juga wanita2 zaman sekarang.  Tak perlulah nak buat survey2 wanita Malaysia ke, Thai ke, India ke yang paling curang di dunia.  Tepuk dada tanya selera.  Kecurangan ada dimana-mana.  
Aku rasa kisah hidup Abg ABil dan Kak Gee ni, bukan sahaja menghibakan malah juga boleh dijadikan tauladan kepada yang masih hidup di muka bumi ini.

Kepada si wanita bujang : Sedarlah, masih ada lelaki sejati dan baik hati seperti abg Abil.  Yang penting berusahalah awak2 memperbaiki diri agar dapat diketemukan dengan golongan ini. Ingat, lelaki baik untuk perempuan baik dan begitu sebaliknya.

Kepada Si Suami : Sedarlah, cinta itu bukan hanya di mulut tetapi dirasai, di tatang dan infiniti. Jangan hanya kerana isteri tak pandai masak, isteri tak pandai layan, kekasih lama datang menggoda, FB shock, anda dah lupa diri, tinggal anak bini pergi cari kekasih hati.  

Kepada si isteri : Bersyukurlah.  Saling lengkap melengkapi, jangan hanya kerana suami kurang duit, anda kurang makan, anak pula kurang perhatian. Luah perasaan di FB, jantan jongos cucuk jarum..  Cinta FB bermula diakhiri dengan sia-sia.  Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.  Mana tahu suami awak2 yang kureng itulah yang akan menjaga awak2 bila sakit nanti dan peliharalah suami awak2 supaya apabila awak2 sakit nanti, banyak kenangan manis yang membuatkan suami awak2 tak sampai hati nak tinggalkan awak2.  

Allah turunkan ujian kepada Abg Abil kerana Allah tau dia mampu mengharunginya.  Apa yang menarik, walaupun ujian yang diterima sangat besar, namun Abg Abil dan keluarga seakan tidak menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang negatif.  Betapa tabahnya abg ABil dan keluarga. Mohon kak Gee cepat sembuh dan dialah diantara wanita bertuah kerana memiliki lelaki hebat di zaman ini.

24/7


Waktu sekarang, 12.00 am.  Genap 24 jam.. berakhir hari Selasa, munculnya hari Rabu.. Hari silih berganti, Sama seperti semalam, minggu lalu, bulan lalu dan tahun lalu. Tidak ada yang kurang dari 24 jam.  Yang membezakan diantara hari-hari itu adalah kemanisan, kepahitan, keperitan dan kebahagiaan.
Kadangkala ada hari-hari yang membuatkan hati berbunga-bunga hinggakan tidak mahu ianya berakhir.  Kadang kala pula ada hari yang penuh dengan kebencian, hari yang penuh dengan linangan air mata, kekesalan, kebosanan dan hari-hari yang menjadi sejarah dalam diri kita.  Hari yang buruk bagi kita barangkali hari yang indah bagi orang lain dan begitu juga sebaliknya.
Aku terkadang tidak mahu mengenangkan kembali hari-hari yang sial dalam hidup aku.  Oh, maaf tiada istilah hari yang sial sebenarnya. Wajarkah hari tersebut dipersalahkan sedangkan yang buruk itu datangnya dari kita sendiri manakala yang baik-baik itu datangnya dari yang Esa.
Hari-hari yang telah dilalui juga tidak mungkin akan berpatah balik oleh itu setiap hari yang dilalui haruslah dihayati dan digunakan dengan sebaik mungkin.
Beberapa kesilapan atau kelalaian boleh merosakkan hari yang indah serta kadangkala memberi impak didalam kehidupan kita dimasa akan datang sama ada baik atau buruk, kecundang atau gemilang. Bolehkah hari-hari yang bakal ditempuhi dikawal oleh kita? Tidak, kita hanya mampu merancang dan berusaha.
Tidak mengapa menyesal dengan apa yang terjadi namun ingatlah hari yang telah berlalu tidak akan dapat diundur, oleh yang demikian gunakanlah hari-hari yang mendatang untuk membaiki perkara-perkara yang telah mewujudkan penyesalan tersebut.
Bangun dan bangkitlah dan jangan takut kepada perubahan yang positif menggantikan yang negatif namun takutlah apabila  tiada apa yang mampu diperbaiki dengan hidup kita.

Bersyukurlah

WTH


Semakin lama hidup, semakin banyak dugaan yang dihadapi.  Klise dugaan tu hikmah.. well, aku pun slalu pakai ayat nie bila memember ngadu kan.. biasalah tue, tapi bila aku fikir-fikir balik, kenapa aku diduga begini? Ujian kah atau penebusan dosa-dosa aku?  Siapa yang tak berdosa dalam dunia zaman moden nie, ada yang jahat-jahat pun hidup bahagia.  Tapi maybe tu yang tersurat, yang tersirat?  Macam ada sesetengah orang tu lah kan, berpangkat.. berpengaruh.. baik budi pekerti, tapi sebaliknya? True colournya kita tak tahu kan? So, maybelah aku ni banyak sangat dosa kot.. Dosa ngan orang sekeliling aku kot.  Maybe aku tak sedar,kan.. Tulah tuhan balas, sekarang aku susah sebab orang lain.. Maybe before ni ada orang susah disebabkan aku.  Yeke? Macam tu ke...  Sape yang aku susahkan tu? Please stand up!
Tension sampai nak hentak kepala sendiri atau kepala orang lain tu taklah kan... Fed-up tu pun belum lagi.. Give-up? Erm, still survive, tapi yang merungsingkan aku adalah..... What should i do? Am i Right? Am i Loser? Am i annoying? Or, else... Can be anything else, but what? Argh... Just 'Ada Aku Kisah' lah.. Thats it ~Fin~


TAZKIRAH

Dalam 2, 3 hari nie sesangat busy..  Bukan busy ape, busy mencari tazkirah.  Next Monday, sehari sebelum my Birthday, turn baca Tazkirah.. Ngeeee....  First time dengan Pengetua baru nie, debor lebeh tue.. Huhuu...  Cari punya cari, banyak pula jumpa info menarik, jadi aku ambil Amalan Diet Rasulullah SAW yang bagus untuk menjadi amalan seharian.  Mohon tazkirah aku next Monday berjalan lancar dan dipermudahkan, aaminnn....



Rasullulah tak pernah
sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga
makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut
diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit
perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL
2. CARA MAKAN
A. JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA
MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
B. TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
C. JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANG SIAPA
YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN
KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
D. Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat
bercampur dengan makanan laut.
Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya…
cobalah… Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek…..
Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu.
karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh
ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam
mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-,
jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan
maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat
merusak usus kita.
Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt
membuat amalan antara lain:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam
sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap
kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita
boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan
tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk
(bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah
jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur
(yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah
membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala
atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang
membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.
Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang
udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi
darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir
keruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan
bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli
saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung
di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam
air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)
Wassalam…
Saya ambil petikan di atas dari laman web Berita Harian Online :) TQ yea ...