24/7


Waktu sekarang, 12.00 am.  Genap 24 jam.. berakhir hari Selasa, munculnya hari Rabu.. Hari silih berganti, Sama seperti semalam, minggu lalu, bulan lalu dan tahun lalu. Tidak ada yang kurang dari 24 jam.  Yang membezakan diantara hari-hari itu adalah kemanisan, kepahitan, keperitan dan kebahagiaan.
Kadangkala ada hari-hari yang membuatkan hati berbunga-bunga hinggakan tidak mahu ianya berakhir.  Kadang kala pula ada hari yang penuh dengan kebencian, hari yang penuh dengan linangan air mata, kekesalan, kebosanan dan hari-hari yang menjadi sejarah dalam diri kita.  Hari yang buruk bagi kita barangkali hari yang indah bagi orang lain dan begitu juga sebaliknya.
Aku terkadang tidak mahu mengenangkan kembali hari-hari yang sial dalam hidup aku.  Oh, maaf tiada istilah hari yang sial sebenarnya. Wajarkah hari tersebut dipersalahkan sedangkan yang buruk itu datangnya dari kita sendiri manakala yang baik-baik itu datangnya dari yang Esa.
Hari-hari yang telah dilalui juga tidak mungkin akan berpatah balik oleh itu setiap hari yang dilalui haruslah dihayati dan digunakan dengan sebaik mungkin.
Beberapa kesilapan atau kelalaian boleh merosakkan hari yang indah serta kadangkala memberi impak didalam kehidupan kita dimasa akan datang sama ada baik atau buruk, kecundang atau gemilang. Bolehkah hari-hari yang bakal ditempuhi dikawal oleh kita? Tidak, kita hanya mampu merancang dan berusaha.
Tidak mengapa menyesal dengan apa yang terjadi namun ingatlah hari yang telah berlalu tidak akan dapat diundur, oleh yang demikian gunakanlah hari-hari yang mendatang untuk membaiki perkara-perkara yang telah mewujudkan penyesalan tersebut.
Bangun dan bangkitlah dan jangan takut kepada perubahan yang positif menggantikan yang negatif namun takutlah apabila  tiada apa yang mampu diperbaiki dengan hidup kita.

Bersyukurlah

No comments:

Post a Comment