Image from glowtxt.com text generator

PENCURI BERSIRI

Minggu lepas dan minggu nie terasa pack betul jadual hidup.  Dah la kat tempat kerja banyak benda nak buat, tergendala sebab ada briffing la, majlis la, itu la, ini la.... Time cuti pun pack, pergi piknik, ada kelas lagi.  Basuh baju pulak kena ulang sebab kehujanan, kejatuhan, kebasahan, kekotoran.. maka keterpaksaan membasuh semula.
Hari nie pulak ke Kuantan meraikan staf yang cemerlang, balik hari pulak tue, sampai dekat pukul 9 malam, ingat nak kemas-kemas barang untuk pergi kem esok. Penat tu penatlah tapi tak sabar nak pergi kem pun ada jugak...
Sedang kemas-kemas, baru teringat last week ada beli bra baru & dah dibasuh.  Cari punya cari, tiada.  Eh.. cek pulak kat ampaian, mmg dah clear.  Satu baju pun tak ada kat ampaian.  Tak boleh jadi nie, cek kat bakul-bakul orang lain kot tersasul masuk, pun tak ada.  Herm, ni sah dah rasanya si setan tu yang ambik..  Ni bukan tak sengaja nak menuduh tapi memang terang-terangan menuduh ni..  Geram dah nie.  Menyirap dah darah rasanya.
Aku tak tahu since bila ada setan mencuri pakaian dalam nie, tapi 1st aku sedar, boyleg purple yang baru pakai 2,3 kali hilang.  Rilek lagi, pas tu bra triumph pun yang baru pakai 2, 3 kali hilang.  Last 2 month, girdle & 2 helai panties hilang, memang tension.  Selalu bila malam, kering ke tak, bawak masuk jemur kat dalam.  Last week, bz & hujan punya pasal, baju banyak tak kering dan aku biarkan sahaja dibawah ampaian berbumbung.  Agaknya time tu lah setan tu rembat bra baru avon aku bersama 2 lagi panties yang aku baruuuuu pakai sekali.  Tapi yang paling tragis, beberapa bulan yang lalu, ofismate bagi hadiah besday camisole avon warna light purple, bawahnya berenda.  It's so sweet, pakai sekali memang selesa.  Nak pakai 2 kali tak merasa sebab dah hilang.  Setan, kan?
Takpelah... salah aku gak kot, sidai kat luar rumah... Lepas nie buat ampai dalam rumah ajelah.  Uols janga terkejut kalau datang rumah aku kat sofa ada jemuran panties, kat kipas ada jemuran bra, kat kerusi makan ada girdle.. Hahaa..macam 18PL pulak en3 aku kali nie.  Apa-apa pun, memang aku sentap dan sakit hati sangat-sangat.  Thanxs Allah coz aku takde ilmu santau, selamat ko pencuri bersiri.  Kalau tidak sah-sah kena santau.  Tapi santau orang lain kuar paku, kaca, sembilu dari hidung.  Ko kuar panties, bra, stoking...  Baru sesweiiiii gitue.  Adios



TAUHU SUP?

Lepas je cuti Hari Raya, hari-hari budak-budak ofis Breakfast kat luar.  Kenapa?  Sebab Cafe kat ofis tue penjualnya dah cabut.  Suka suki dia ajer tutup cafe macam tue, nak kena saman ke ape... Ok, just abaikan kisah tersebut coz tak ada mood nak mengumpat (Mood Raya Lagi).
Kalau sekali sekala breakfast kat luar memang best, kalau dah hari-hari.. Herm, mati kutu gak, so member office cadang makan kat kedai 'Pak Teh'.  Semua pakat order sup tauhu.  Erm, ok.. Setahu aku sup tauhu tu makan dengan nasik..  'Bukan, ni Tauhu sup.. Memang makan untuk breakfast macam bihun sup, bihun soto'.  Kata 1 of my friend.
So, oklah, aku pun Join Venture mengOrder benda yang sama.  aku fikir mesti bihun + bola + tauhu sup.  Bila sampai je, benda alah tersebut cuma ada tauhu + tauhu goreng + bola + sedikit daging.  AMG! (Allah MY gOD) sangat SURPRISE coz tak pernah makan,kan..  Hahaa.. Tapi rasanya, ok.. Sedap juga + kenyang.  Hahhaaa.. Feymes lak tue, tengok meja sebelah-sebelah sume pakat order benda yang sama...  Ish, akulah yang Ulu kot.. huhu..

HERVIVOR

Beberapa hari sudah berlalu.  Lemang, ketupat, rendang dan pelbagai juadah sudah tidak kelihatan, sekiranya ada pun sisa-sisa di toilet.  Hhahhaaa...  Biskut Raya ajelah yang menghiasi meja makan.  Ada rumah sesiapa lagi yang berendang, berlemang dan berketupat?  Boleh juga terjah, tapi...  Rasanya dah mual dan muak tekak nie. Nak makan pun dah tak lalu.  Tengok ayam, daging, udang, sotong semuanya memualkan.  Apa yang aku nak makan nie? Dah nak senja, makan tengahari pun belum lagi. Tapi lapr.  Perut dah berkeroncong, berdangdut.  Tengok rumput-rumput disekeliling rumah terasa bahagia pulak.  Eh,aku nie nak transform jadi Hervivor ke?  Nak meragut rumput pulak.  Ataupun nak jadi Vegetarian?
Aduyai..  mewah betul Rakyat di Bumi Malaysia nie.  Jauh sekali dari Rakyat di Somalia sana.  Sepatutnya aku bersyukur dengan apa yang ada bukan mengeluh dengan kesenangan yang dimiliki.

Pelangi emas dinegeri orang, pelangi ungu dinegeri sendiri.  Tak perlulah sakit kepala memilih pelangi yang mana, kerana hadirnya cuma seketika.

MERDEKA DI AIDILFITRI

MERDEKA DI AIDILFITRI.  Bukan selalu...  Jarang sekali....
Siaran TV pun bersilih ganti, cerita RAYA, Cerita MERDEKA.  Kadangkala aku tertanya, perlukah diulang setiap tahun cerita yang sama, contohnya Bukit Kepong, hati Malaya dan cerita-cerita lama zaman AR Badul dan P Ramlee.  Setahun berlalu tak lama, pejam celik je.  Kadangkala tak sempat yang kita angan-angankan menjadi realiti, terpaksa pula mencipta angan-angan yang baru..  Tak sempat membeli iphone 4, dengar-dengar bakal keluar iphone 5.  Begitulah cepatnya masa berlari...  Perlukah diulang berkali-kali cerita yang sama tiap tahun?  Dah boleh hafal.  Kalau masuk exam barangkali cemerlang.  Hahaa...
MERDEKAKAH KITA DARI DIJAJAH NAFSU SENDIRI?
Namun akhirnya aku akur perlunya cerita sama diulang berkali-kali terutama cerita yang memaparkan sejarah perjuangan Perajurit Negara.  Kerana, setiap tahun ada insan yang tidak sedar apa itu KEMERDEKAAN.  Dan yang paling menedihkan apabila tak tahu siapa yang Memerdekakan Negara kita.  Negara Malaysia.  Dan yang lagi-lagi dan lagi-lagi menyedihkan, orang yang 'Jahil' tentang sejarah KEMERDEKAAN itu adalah orang veteran, senior atau bahasa senang fahamnya, orang tua.  Bukan setakat jahil malah menyelewengkan fakta pula. Ish ish ish... Kena amik exam sekali lagi tue..

*Pelangi itu 7 warnanya.  Kadangkala munculnya hanya 6, 5 atau 4 tetapi tak mungkin munculnya 8,9 atau 10.

RAYAKU TANPA PHOTO

Apakah definasi RAYA bagi aku?  Cuti Panjang?  Ketupat?  Lemang?  Atau bermaafan di pagi Raya?  Entahlah aku pun tak tahu.... Makin tua makin hilang kemeriahan Hari Raya..  Hambar..
Kawan-kawan?  Yang ada, balik Kampung masing-masing.  Yang tiada..  Tiadalah mereka...  Best Friend?  Nun semuanya di KL... Rindukan Ampang.. Tempatku membesar, tempatku melepak, tempatku belajar, tempatku mencari rezeki dan tempatku mengenal erti kehidupan yang menyeronokkan dan kini semuanya hanya tinggal kenangan.
RENDANG AYAM & KETUPAT NASI MENU DI PAGI RAYAKU
Di sini?  Ya.. masih lagi Happy, gembira... dan, biasalah pahit manis.  Itulah resepi kehidupan.
Dan tahun ini Raya Pertamaku tanpa photo Raya... kedua.. ketiga.. keempat..  Apa yang aku buat semasa kawan dan saudara mara datang menziarah?
Borak-borak.. menghidang, join makan dan... Kemana Cameraku???
Argh... Rayaku tanpa Photo...



Termangu dan Tertanya, kemanakah pelangiku menghilang di Pagi Raya ini....