Image from glowtxt.com text generator

MERDEKA DI AIDILFITRI

MERDEKA DI AIDILFITRI.  Bukan selalu...  Jarang sekali....
Siaran TV pun bersilih ganti, cerita RAYA, Cerita MERDEKA.  Kadangkala aku tertanya, perlukah diulang setiap tahun cerita yang sama, contohnya Bukit Kepong, hati Malaya dan cerita-cerita lama zaman AR Badul dan P Ramlee.  Setahun berlalu tak lama, pejam celik je.  Kadangkala tak sempat yang kita angan-angankan menjadi realiti, terpaksa pula mencipta angan-angan yang baru..  Tak sempat membeli iphone 4, dengar-dengar bakal keluar iphone 5.  Begitulah cepatnya masa berlari...  Perlukah diulang berkali-kali cerita yang sama tiap tahun?  Dah boleh hafal.  Kalau masuk exam barangkali cemerlang.  Hahaa...
MERDEKAKAH KITA DARI DIJAJAH NAFSU SENDIRI?
Namun akhirnya aku akur perlunya cerita sama diulang berkali-kali terutama cerita yang memaparkan sejarah perjuangan Perajurit Negara.  Kerana, setiap tahun ada insan yang tidak sedar apa itu KEMERDEKAAN.  Dan yang paling menedihkan apabila tak tahu siapa yang Memerdekakan Negara kita.  Negara Malaysia.  Dan yang lagi-lagi dan lagi-lagi menyedihkan, orang yang 'Jahil' tentang sejarah KEMERDEKAAN itu adalah orang veteran, senior atau bahasa senang fahamnya, orang tua.  Bukan setakat jahil malah menyelewengkan fakta pula. Ish ish ish... Kena amik exam sekali lagi tue..

*Pelangi itu 7 warnanya.  Kadangkala munculnya hanya 6, 5 atau 4 tetapi tak mungkin munculnya 8,9 atau 10.

No comments:

Post a Comment