Image from glowtxt.com text generator

Quran Baru

Quran Baru Itu Bewarna Ungu
Beharga Ringgit Malaysia 45 Satu
Kertasnya Tebal Kulitnya Baldu
Tulisanya Metalik Bordernya Biru

Quran Baru Itu Ternyata Lasak
Ditempias Hujan tak Mungkin Terkoyak
Dipancar Mentari Juga Tak Rosak
Sekadar Pujian Bukannya Riak

Quran Baru Disimpan Didalam Laci
Berada Disitu Semenjak Dibeli
Tiada Seorang Pun Yang Ambil Peduli
Kini Baldu Ungunya pudar tak lagi Berseri

HANDPHONE MASUK AIR

Handphone masuk air kopi? Air Oren? Cappucino?  Eh, Handphone hang pandai minum air ke?
Handphone aku lagi best, nak bunuh diri dalam Toilet.. Agaknyer teringin sangat nak mati cara terhina.
Kalau aku nie berjiwa riak & kaya raye, lantakla kot ko nak bunuh diri pun, Tuan ko nie sengkek jangan haraplah ko nak tinggalkan dunia sementara nie... Aku pun lap-lap body dia pas tue bukak. So, macam kebiasaanya kalau dah masuk air, beliau akan lemas.. pengsan... Tak pun Koma.  Kalau manusia lemas kene CPR (ye ke cpr? ye kot) tapi nie HandPhone.. ramai member kata hair dryer bagi kering, letak tengah panas atau letak dalam beras.  Beras? Eh Unik lak idea nie..  Nape beras yea? nape tak nasi lemak ke..  Biriani dam ke.. Lagi best kan..
So, tanpa talian hayat, aku pun memilih cara membenamkan handphone tersebut dalam beras.  Dok lah beliau dalam beras tu selama 2 hari 1 malam (pakej best tue).  Alhamdulillah handphone aku pulih seperti biasa dan berkemungkinan dia dah tak nak bunuh diri lagi lepas nie setelah dia tau yang aku sayangkan dirinya, Chewah...  Korunk pun lau ada masalah sama cam aku, janganlah pegi pijak pulak handphone tu kot sakit hati pun..  Just try Tips simple nie, yea...


Ni aku sertakan resepi memulihkan handphone masuk air :

Bahan-bahan :
1. Handphone yang masuk air
2. Kain
3. Bekas jangan terlalu besar & jangan terlalu kecik
4. Beras

 Cara-cara:
1.  Mula-mula, buka bateri dan apa-apa yang boleh dibuka.  Lap handphone tersebut ngan kain. Letakkan beras kedalam bekas secukup rasa.  Ambil handphone tadi dan masukan kedalam beras dan perap selama 2 hari.  Onkan handphone anda dan lihat hasilnya.

Owh My Lappy

Al kisah tersebutlah aku bersama Laptopku iaitu HP Pavilion TX 1000 yang berusia +- 3 tahun.
Lappy ku ini dah wat hal sekali masa still ada warranty - screen berbelang.  Memang ramai orang kata HP selalu ada masalah screen berbelang & ramai gak orang kata AMD tak bagus.  Setelah hantar ke HP Centre, everything ok, my lappy nie dah sihat walafiat cuma masalahnya cepat panas.  (Spesis panas baran gak kot). so kena letak cooler la 24jam.  Lau bebudak tu, leh gak letak cool fever.
Nak dijadikan cerita, tengah tahun 2010 dia wat hal sekali lagi.  Masalahnya bila on semua lampu nyala tapi screen gelap je. 3, 4 kali on baru ley jalan.  At last on giler-giler pun tak jalan dee.
Aku Ke HP Centre, diorang kata comfirm motherboard rosak & tak berbaloi nak baiki coz da habis warranty.  Masuk Lowyatt pun sama cuma ada 1 booth tu yang mintak beli Rm300. Dah la staff dia tu spesis Abangla, apakah akan terjadi kepada Lappyku nanti?  Ish.. nehi kabi nehi..  Tak sanggup aku tolak ngan rege cenggitu, biar jadi tukun tiruan lagi berfaedah.
So, at last aku angkat samsung netbook, habis cerita.  Bawaklah seberat-beratnyer 2 benda tu balik.. Uh!
Adakah berakhir kisah Laptopku setelah dapat pengganti?  Ops.. Belum lagi, itu baru Episod pertama.  Aku masih lagi tak puas hati dengan keadaan Lappyku tersebut dan inginkan bagi bantuan kecemasan kepada beliau.  Dengan perasaan was-was aku mencuba 1 tips dari internet dan tak disangka-sangka tips tersebut menjadi.   Tanpa mengeluarkan sebarang kos aku telah berjaya menghidupkan kembali Lappy yang teramatku sayang tersebut. >.< Umph!
Bak kata pepatah,
Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. ~Alhamdulillah~

So, kepada sesiapa yang pakai HP Pavilion macam aku nie dan ada masalah on laptop tapi screen blank aje, leh la try Tips cam aku wat kat Laptop aku.  (Last Choice la nie) :

1. Firstly caj dulu bateri laptop sampai penuh.
2. On laptop dan bungkus dengan kain tebal, comforter ke, selimut ke. 
3. Biarkan keadaan beliau berbungkus tu dalam setengah jam ke sejam (cam orang demam, tunggu kebah).
4. Buka bungkusan kain tersebut, dah sejuk skit, try on.  InsyaAllah boleh idop semula.

* Kalau after a few month jadi balik, ulang tips tersebut yea, tapi ni kalau dah tak ada jalan lain la.. Kalau under warranty, g la hantar service centre.

Watashi Wawa

Nombor satu :
Aku yang bernama Wawa.  Walaupun beribu wanita atau pun lelaki dan mungkin juga dwi jantina yang bernama Wawa namun pasti tidak ada seorang pun yang menyamai aku.  Kekuranganku mungkin kelebihan orang lain manakala kelebihan aku barangkali keinginan orang lain.  Tetapi setelah difikir-fikir tidak ada satu pun kelebihan yang melebih-lebih pada diri aku ni.  Kelebihan yang biasa-biasa tu adalah seperti kebolehan marah orang, kebolehan tido, kebolehan makan..  Ish.. banyak sungguh kebolehan aku yang suam-suam kuku kaki ni.  Sekiranya dihuraikan pasti sekusut roti jala.

Nombor dua :
Aku berusia 15 tahun darab 2.  Hampir-hampir mencecah skala 31. Tetapi kadangkala aku seperti lupa berapakah usia aku sebenarnya (tak sedar diri).

Nombor tiga :
Aku pencinta ungu.  Aku andaikan diri aku sendiri sebagai Pra Buta Warna kerana aku nga bisa (eh, ter-indon plak) melihat keindahan warna selain ungu dan nga bisa (eh.. sekali lagi) melihat keburukan sekiranya sesuatu itu bewarna ungu.  Ungu juga menjadi warna terapi bagi aku.  Apabila marah, sedih, rungsing, gundah gulana (chewahh sastera gitew) aku sentiasa berada didalam lingkungan Ungu dan sedikit perasaan tak indah tersebut berkurangan.

Nombor Empat :
Hobi aku mencari sesuatu yang indah seperti memphotoshop wajah-wajah yang kurang indah menjadi lebih indah, Melancong dan melencong ke tempat-tempat yang indah..  Kalau tak indah pun aku buat-buat indah gak.. Lantaklah.  Aku juga berhobikan surfing.  Bukan surfing di lautan biru tetapi surfing di alam maya sahaja.  Dalam 24 jam, separuh dari masaku dihabiskan dengan surf internet. Tetapi bak kata orang, sambil menyelam minum air.  So, sambil-sambil surfing aku tengok la tv ke, baca buku, lipat baju, makan dan sebagainya.  Ala-ala syampu 3 in 1.

Nombor Lima :
Aku bekerja sebagai PT, sambil-sambil itu aku berbiz on9 secara kecil-kecilan.. Sungguh kecil seperti bakteria di atas roti expired.
So, inilah sahaja sedikit sebanyak tentang aku yang tak berapa nak indah mana nie.  Sekadar coretan ringkas dikala kepanaan.

Sekian. Tiiittttt... (Channel abeh siaran, sila tukar ke siaran 24 jam..)