Image from glowtxt.com text generator

Owh My Lappy

Al kisah tersebutlah aku bersama Laptopku iaitu HP Pavilion TX 1000 yang berusia +- 3 tahun.
Lappy ku ini dah wat hal sekali masa still ada warranty - screen berbelang.  Memang ramai orang kata HP selalu ada masalah screen berbelang & ramai gak orang kata AMD tak bagus.  Setelah hantar ke HP Centre, everything ok, my lappy nie dah sihat walafiat cuma masalahnya cepat panas.  (Spesis panas baran gak kot). so kena letak cooler la 24jam.  Lau bebudak tu, leh gak letak cool fever.
Nak dijadikan cerita, tengah tahun 2010 dia wat hal sekali lagi.  Masalahnya bila on semua lampu nyala tapi screen gelap je. 3, 4 kali on baru ley jalan.  At last on giler-giler pun tak jalan dee.
Aku Ke HP Centre, diorang kata comfirm motherboard rosak & tak berbaloi nak baiki coz da habis warranty.  Masuk Lowyatt pun sama cuma ada 1 booth tu yang mintak beli Rm300. Dah la staff dia tu spesis Abangla, apakah akan terjadi kepada Lappyku nanti?  Ish.. nehi kabi nehi..  Tak sanggup aku tolak ngan rege cenggitu, biar jadi tukun tiruan lagi berfaedah.
So, at last aku angkat samsung netbook, habis cerita.  Bawaklah seberat-beratnyer 2 benda tu balik.. Uh!
Adakah berakhir kisah Laptopku setelah dapat pengganti?  Ops.. Belum lagi, itu baru Episod pertama.  Aku masih lagi tak puas hati dengan keadaan Lappyku tersebut dan inginkan bagi bantuan kecemasan kepada beliau.  Dengan perasaan was-was aku mencuba 1 tips dari internet dan tak disangka-sangka tips tersebut menjadi.   Tanpa mengeluarkan sebarang kos aku telah berjaya menghidupkan kembali Lappy yang teramatku sayang tersebut. >.< Umph!
Bak kata pepatah,
Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. ~Alhamdulillah~

So, kepada sesiapa yang pakai HP Pavilion macam aku nie dan ada masalah on laptop tapi screen blank aje, leh la try Tips cam aku wat kat Laptop aku.  (Last Choice la nie) :

1. Firstly caj dulu bateri laptop sampai penuh.
2. On laptop dan bungkus dengan kain tebal, comforter ke, selimut ke. 
3. Biarkan keadaan beliau berbungkus tu dalam setengah jam ke sejam (cam orang demam, tunggu kebah).
4. Buka bungkusan kain tersebut, dah sejuk skit, try on.  InsyaAllah boleh idop semula.

* Kalau after a few month jadi balik, ulang tips tersebut yea, tapi ni kalau dah tak ada jalan lain la.. Kalau under warranty, g la hantar service centre.

No comments:

Post a Comment