Image from glowtxt.com text generator

Watashi Wawa

Nombor satu :
Aku yang bernama Wawa.  Walaupun beribu wanita atau pun lelaki dan mungkin juga dwi jantina yang bernama Wawa namun pasti tidak ada seorang pun yang menyamai aku.  Kekuranganku mungkin kelebihan orang lain manakala kelebihan aku barangkali keinginan orang lain.  Tetapi setelah difikir-fikir tidak ada satu pun kelebihan yang melebih-lebih pada diri aku ni.  Kelebihan yang biasa-biasa tu adalah seperti kebolehan marah orang, kebolehan tido, kebolehan makan..  Ish.. banyak sungguh kebolehan aku yang suam-suam kuku kaki ni.  Sekiranya dihuraikan pasti sekusut roti jala.

Nombor dua :
Aku berusia 15 tahun darab 2.  Hampir-hampir mencecah skala 31. Tetapi kadangkala aku seperti lupa berapakah usia aku sebenarnya (tak sedar diri).

Nombor tiga :
Aku pencinta ungu.  Aku andaikan diri aku sendiri sebagai Pra Buta Warna kerana aku nga bisa (eh, ter-indon plak) melihat keindahan warna selain ungu dan nga bisa (eh.. sekali lagi) melihat keburukan sekiranya sesuatu itu bewarna ungu.  Ungu juga menjadi warna terapi bagi aku.  Apabila marah, sedih, rungsing, gundah gulana (chewahh sastera gitew) aku sentiasa berada didalam lingkungan Ungu dan sedikit perasaan tak indah tersebut berkurangan.

Nombor Empat :
Hobi aku mencari sesuatu yang indah seperti memphotoshop wajah-wajah yang kurang indah menjadi lebih indah, Melancong dan melencong ke tempat-tempat yang indah..  Kalau tak indah pun aku buat-buat indah gak.. Lantaklah.  Aku juga berhobikan surfing.  Bukan surfing di lautan biru tetapi surfing di alam maya sahaja.  Dalam 24 jam, separuh dari masaku dihabiskan dengan surf internet. Tetapi bak kata orang, sambil menyelam minum air.  So, sambil-sambil surfing aku tengok la tv ke, baca buku, lipat baju, makan dan sebagainya.  Ala-ala syampu 3 in 1.

Nombor Lima :
Aku bekerja sebagai PT, sambil-sambil itu aku berbiz on9 secara kecil-kecilan.. Sungguh kecil seperti bakteria di atas roti expired.
So, inilah sahaja sedikit sebanyak tentang aku yang tak berapa nak indah mana nie.  Sekadar coretan ringkas dikala kepanaan.

Sekian. Tiiittttt... (Channel abeh siaran, sila tukar ke siaran 24 jam..)

No comments:

Post a Comment