Image from glowtxt.com text generator

PENCURI BERSIRI

Minggu lepas dan minggu nie terasa pack betul jadual hidup.  Dah la kat tempat kerja banyak benda nak buat, tergendala sebab ada briffing la, majlis la, itu la, ini la.... Time cuti pun pack, pergi piknik, ada kelas lagi.  Basuh baju pulak kena ulang sebab kehujanan, kejatuhan, kebasahan, kekotoran.. maka keterpaksaan membasuh semula.
Hari nie pulak ke Kuantan meraikan staf yang cemerlang, balik hari pulak tue, sampai dekat pukul 9 malam, ingat nak kemas-kemas barang untuk pergi kem esok. Penat tu penatlah tapi tak sabar nak pergi kem pun ada jugak...
Sedang kemas-kemas, baru teringat last week ada beli bra baru & dah dibasuh.  Cari punya cari, tiada.  Eh.. cek pulak kat ampaian, mmg dah clear.  Satu baju pun tak ada kat ampaian.  Tak boleh jadi nie, cek kat bakul-bakul orang lain kot tersasul masuk, pun tak ada.  Herm, ni sah dah rasanya si setan tu yang ambik..  Ni bukan tak sengaja nak menuduh tapi memang terang-terangan menuduh ni..  Geram dah nie.  Menyirap dah darah rasanya.
Aku tak tahu since bila ada setan mencuri pakaian dalam nie, tapi 1st aku sedar, boyleg purple yang baru pakai 2,3 kali hilang.  Rilek lagi, pas tu bra triumph pun yang baru pakai 2, 3 kali hilang.  Last 2 month, girdle & 2 helai panties hilang, memang tension.  Selalu bila malam, kering ke tak, bawak masuk jemur kat dalam.  Last week, bz & hujan punya pasal, baju banyak tak kering dan aku biarkan sahaja dibawah ampaian berbumbung.  Agaknya time tu lah setan tu rembat bra baru avon aku bersama 2 lagi panties yang aku baruuuuu pakai sekali.  Tapi yang paling tragis, beberapa bulan yang lalu, ofismate bagi hadiah besday camisole avon warna light purple, bawahnya berenda.  It's so sweet, pakai sekali memang selesa.  Nak pakai 2 kali tak merasa sebab dah hilang.  Setan, kan?
Takpelah... salah aku gak kot, sidai kat luar rumah... Lepas nie buat ampai dalam rumah ajelah.  Uols janga terkejut kalau datang rumah aku kat sofa ada jemuran panties, kat kipas ada jemuran bra, kat kerusi makan ada girdle.. Hahaa..macam 18PL pulak en3 aku kali nie.  Apa-apa pun, memang aku sentap dan sakit hati sangat-sangat.  Thanxs Allah coz aku takde ilmu santau, selamat ko pencuri bersiri.  Kalau tidak sah-sah kena santau.  Tapi santau orang lain kuar paku, kaca, sembilu dari hidung.  Ko kuar panties, bra, stoking...  Baru sesweiiiii gitue.  Adios



No comments:

Post a Comment