Image from glowtxt.com text generator

BR1M 2.0

BR1M.. BR1M.. BR1M.. kawan kata "kelmarin nak masuk bank pun susah coz terlalu ramai penerima BR1M tukar baucar.
Member kata "semalam ada penerima BR1M jatuh kerana terlalu ramai dan bersesak-sesak".  
Abah kata " Ok je, sementara tunggu YB bawa baucar, makan roti yang disediakan."  
Ada pemimpin kata " Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.  Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami". 
Saya sangat respek dengan pemimpin itu, bukan sahaja seorang ulamak sejati seperti yang digembar gemburkan, malah juga berpotensi untuk menjadi pemimpin haiwan yang berwibawa.  

Aku juga penerima BR1M kerana berpendapatan rendah tapi apa yang aku perhatikan semasa berada di dewan selepas menerima BR1M, (aku settle awal coz datang awal) ramai penerima yang lebih susah.  Ada yang datang berkerusi roda, ada warga emas bertongkat, terketar-ketar dan teraba-raba.  Di kawasan aku ramai penduduk kampung yang menoreh (termasuk abah) dan tidak dapat menoreh disebabkan hujan berpanjangan.  Ada ibu tunggal yang mempunyai ramai anak.  Ada juga yang sangat susah.. terlalu susah.. hinggakan susah aku nak terangkan.  Bantuan BR1M ni sangat membantu untuk rakyat susah.  Kalau nak beli handbag coach, LV memanglah tak cukup tapi untuk berbelanja di kedai 1 Malaysia, macam-macam boleh beli.  Walaupun ada diantara kita yang hidup ibarat 'kais pagi makan pagi' namun wajarkah disamakan dengan ayam dan lembu? 

BENARLAH KATA IMAM AL-GHAZALI
YANG PALING TAJAM LIDAH SENDIRI
TUTUR DAN KATA MUDAH MENYAKITI
MELUKAKAN HATI SAUDARA SENDIRI

No comments:

Post a Comment